Masyarakat sudah biasa dengan perkataan 'spa' tetapi masih ramai juga yang sebenarnya tidak begitu faham dan mengetahui apakah maksud sebenar di sebalik sebutan itu.
Spa atau 'Solus Per Aqua' (bahasa Latin) sebenarnya bermaksud terapi menggunakan air.
Rawatan spa adalah sesuatu yang unik dan eksklusif di mana ia berkonsep 'penyembuhan dengan air' iaitu satu kaedah perawatan yang diperkenalkan sejak berkurun-kurun dahulu.
Ketika itu air dari kolam air panas semula jadi digunakan bagi penyembuhan luka dan meningkatkan kesihatan badan. Kini industri spa tempatan telah berkembang meliputi pusat-pusat kecantikan.
Masyarakat umum di Malaysia semakin menyedari pentingnya aspek 'hidroterapi' atau penyembuhan menggunakan air dalam meningkatkan tahap kesihatan. Kini masyarakat mula menjadikan spa sebagai satu daripada tempat kunjungan utama bagi rawatan kesihatan.
Permintaan terhadap rawatan spa juga semakin meningkat, antaranya bagi mendatangkan kesihatan badan seperti mengeluarkan toksin serta meningkatkan sistem imunisasi selain mencegah alahan.
Rawatan spa juga dikatakan boleh meredakan migrain dan asma, menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan insomnia (tidak boleh tidur) serta stres.
Masyarakat sudah biasa dengan perkataan 'spa' tetapi masih ramai juga yang sebenarnya tidak begitu faham dan mengetahui apakah maksu...
About author: Unknown
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: